Site icon TechNave BM

Sertai Saitama dalam game One Punch Man di telefon pintar anda!

Anime dan manga kegemaran ramai, ONE PUNCH MAN kini mempunyai game nya sendiri di telefon pintar. Ianya diberi nama One Punch Man: The Strongest dan ia adalah sebuah game di telefon pintar berasaskan kad yang dihasilkan oleh Playcrab dan diterbitkan oleh Finger Fun Entertainment.

One Punch Man: The Strongest telah dilancarkan secara rasmi hari ini untuk semua pengguna telefon pintar Android dan iOS di Asia Tenggara. Pemain boleh muat turun game ini dari Google Play Store dan juga App Store.

Buat masa sekarang, game ini mempunyai sokongan 5 bahasa sahaja iaitu Simplified Chinese, Traditional Chinese, Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia dan Thai.

Anda peminat anime dan manga One Punch Man seperti saya? Muat turun game ini sekarang dan kongsikan pengalaman anda di Facebook kami. Terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version