Site icon TechNave BM

Sertai sesi berkumpulan bersama OnePlus dan anda boleh membawa pulang OnePlus Nord!

OnePlus Malaysia bakal menganjurkan sebuah sesi berkumpul khas untuk para peminat OnePlus, di mana sepuluh orang bertuah akan dipilih untuk menyertainya dan berpeluang menjadi orang yang pertama dalam negara untuk mencuba telefon pintar OnePlus Nord.

Sesi ini akan dianjurkan pada Sabtu, 25 Julai pada pukul 10:00 pagi sehingga 3:00 petang. Setakat ini tiada lokasi spesifik diberikan namun ia akan dianjurkan dalam kawasan Lembah Klang.

Mungkin yang paling menarik tentang sesi perkumpulan ini adalah seorang peminat OnePlus bertuah akan membawa pulang OnePlus Nord selama dua minggu melalui sebuah cabutan bertuah.

Untuk mengetahui bagaimana anda boleh menyertai sesi OnePlus ini, layari laman Facebook OnePlus Malaysia untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version