Site icon TechNave BM

Servis foodpanda tergendala buat sementara waktu

Ye betul, jika anda ingin membuat pesanan di foodpanda hari ini, anda tidak dapat melakukannya. Pihak foodpanda telah mengesahkan hal ini di halaman Facebook mereka dan kini sedang dalam proses untuk membaiki masalah yang mereka alami.

Pada awalnya, perkhidmatan pembayaran atas talian sahaja yang tidak boleh digunakan. Jadi, pihak foodpanda menyarankan supaya pengguna memilih pilihan untuk bayar-ketika-sampai (cash on delivery). Namun, pada masa artikel ini ditulis, semua kedai dalam aplikasi Foodpanda tidak lagi menerima sebarang pesanan (semua servis di foodpanda diberhentikan).

Catatan di Facebook yang telah dipadamkan

Kami menjangkakan hal ini akan dibaik pulih oleh pihak Foodpanda dalam masa yang terdekat.

Adakah anda pengguna Foodpanda? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version