OnePlus dan Marvel sedang bersedia untuk melancarkan set bundle OnePlus 10T pada 17 Disember ini. Shop Disney India telah menyenaraikan produk memberikan gambaran yang lebih terperinci tentang barangan yang disediakan.
Set bundle OnePlus 10T Marvel Edition akan mempunyai telefon pintar OnePlus 10T, sarung telefon Iron Man, soket pop Captain America dan pendiri Black Panther. Ia menawarkan warna Moonstone Black tanpa sebarang perubahan daripada segi reka bentuk.
Varian yang diberikan adalah RAM 16GB dengan storan dalaman 256GB. Ia turut menyediakan pelindung skrin, pengecas SuperVOOC 160W, kabel USB-C dan alat pin SIM. Kami amat berharap set bundle ini tiba di Malaysia dengan harga yang berpatutan.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Android Headlines

