Penganalisis Apple, Ming-Chi Kuo berkongsi ramalannya mengenai set kepala AR yang bakal Apple lancarkan. Beliau mengatakan bahawa ia akan mempunyai berat antara 300 dan 400 gram. Ia merupakan peranti yang agak ringan dan akan dikuasakan oleh cipset silikon M1.
Memandangkan set kepala AR akan bergantung pada gerakan isyarat tangan pengguna untuk navigasi melalui UI, peranti akan ini mempunyai perkakasan penjejakan yang canggih. Penganalisis berpendapat bahawa syarikat itu akan menggunakan gabungan ToF (time of flight) iaitu kaedah untuk mengukur jarak antara pengimbas dan objek serta sensor cahaya berstruktur.
Yang terakhir adalah teknologi pengimbas ID wajah yang terdapat pada iPhone. Namun, memandangkan tangan pengguna akan berada lebih jauh, pengesan tersebut perlu ditingkatkan jangkauannya sebanyak 200%. Perisian ini juga akan dapat mengesan perubahan terperinci dinamik tangan yang akan meningkatkan lagi ketepatan.
Cara tersebut berfungsi pada ID wajah yang mana ia boleh mengesan ekspresi muka yang tidak akan mengganggu proses membuka kunci. Sensor ToF akan membantu dalam mengesan pergerakan dengan respon yang tinggi dan meningkatkan medan pandangan set kepala.
Perlu diingatkan juga bahawa menurut sumber dalaman, Apple sedang mengusahakan generasi kedua peranti ini yang mana ia mungkin akan lebih ringan daripada yang generasi pertama. Ini menunjukkan bahawa Apple hampir melancarkan AR versi pertamanya.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: appleinsider

