Site icon TechNave BM

Set kepala AR/VR Apple bakal dilancar pada suku kedua 2023, sebelum WWDC pada bulan Jun

Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, beliau melaporkan bahawa Apple berhasrat untuk mengumumkan set kepala AR/VR pada musim bunga, sebelum WWDC (Worldwide Developers Conference) pada bulan Jun 2023. Peranti itu akan mula dijual pada musim luruh 2023.

Gurman berkata prototaip peranti telah diberikan kepada beberapa pembangun untuk diuji. Walau bagaimanapun, masih banyak yang perlu disiapkan terutamanya daripada segi perkakasan dan perisian.

Pada awalnya, peranti itu akan diperkenalkan pada bulan Januari (bulan ini) tetapi Apple mungkin ingin membuat susulan dengan sumber dan perkakas terperinci untuk pembangun ketika persidangan WWDC pada bulan Jun.

Selain itu, Gurman tidak menjangkakan perubahan besar untuk produk AirPods dan Apple Watch. Untuk Mac pula, peningkatannya seperti Apple Silicon Mac Pro, cip M2 untuk MacBook Pro dan kemungkinan MacBook Air bersaiz 15 inci. 

Tambahan lagi, HomePod besar baharu akan dilancarkan tahun ini di mana reka bentuknya hampir menyerupai model 2018. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version