Site icon TechNave BM

Set penggambaran filem Avatar 2 dipertontonkan oleh pengarah, bakal tiba tahun 2021

Berita ini mungkin berita yang menggembirakan untuk peminat filem Avatar. Mungkin ada juga yang sudah tahu mengenai penggambaran filem yang sedang berlangsung dan kemudiannya ditutup sementara berikutan pandemik yang melanda. Namun, penerbit filem Avatar 2 (juga penerbit Titanic) telah memuat naik gambar set penggambaran filem Avatar 2.

Berikutan pandemik, kesemua produksi filem termasuk di beberapa negara luar telah diberhentikan, tetapi kini sudah mula beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu. Penerbit mengongsikan Matador (kapal berkelajuan tinggi) dan Picador (bot jet).

Untuk pengetahuan anda, Avatar 2 dijadualkan menjengah pawagam pada 17 Disember 2021. Menurut anda, adakah filem Avatar 2 bakal mengalahkan Avengers: Endgame? Beritahu kami komen anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: DEADLINE

Exit mobile version