Site icon TechNave BM

Setel Express dilancar, fungsi perkhidmatan hantar barang melalui aplikasi Setel oleh Petronas

Petronas Dagangan Berhad (PDB) hari ini telah melancarkan Setel Express iaitu sebuah fungsi penghantaran barang yang disediakan dalam aplikasi Setel. Fungsi ini membenarkan pengguna untuk mengambil atau menghantar barang dari rumah atau stesen-stesen minyak Petronas terpilih.

Seperti kebanyakan aplikasi penghantaran barang pada waktu ini, pengguna boleh menjejak status penghantaran mereka secara langsung dalam aplikasi. Selain itu, perkhidmatan e-dagang juga boleh memilih untuk menghantar atau menerima barang dari stesen mintak Petronas terpilih.

Buat masa ini, Setel Express ditawarkan kepada para pengguna di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Untuk para pengguna lain di Semenanjung Malaysia, penghantaran akan dikendalikan oleh rakan kongsi Petronas dan menggunakan stesen Petronas sebagai pusat ambil-dan-hantar (pick up and drop off, PUDO). Untuk para pengguna di Sabah dan Sarawak pula, Setel Express akan ditawarkan dalam masa terdekat.

Pelanggan boleh menghantar barang secara pintu-ke-pintu (Door-to-Door), pintu-ke-pusat (Door-to-Point) atau pusat-ke-pusat (Point-to-Point). Penghantaran barang boleh dielngkapkan dalam tempoh 24 jam dengan harga bermula RM5.

Layari laman web Setel Express untuk maklumat lanjut, manakala aplikasi Setel boleh dimuat turun daripada Google Play Store, Apple App Store atau HUAWEI AppGallery. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan aplikasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version