Site icon TechNave BM

Setiap pembelian iPhone 12 di Perancis disertakan dengan fon telinga Apple EarPods

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan Perancis adalah satu-satunya negara di mana iPhone 12 akan dijual bersama fon telinga Apple EarPods di dalam kotak. Kini seorang YouTuber dari negara itu telah menunjukkan kotak telefon tersebut di mana EarPods memang disertakan, namun dalam sebuah kotak berasingan.

Memandangkan pembungkusan iPhone 12 adalah sama untuk pasaran seluruh dunia, Apple terpaksa memberikan EarPods tersebut dalam sebuah kotak yang lain. Apple perlu menyertakan EarPods bersama iPhone 12 di Perancis kerana undang-undang di negara tersebut memerlukan setiap jenama telefon pintar untuk menyertakan aksesori bebas sentuhan (hands free) di atas kerisauan efek gelombang elektromagnetik terhadap otak pengguna.

iPhone 12 yang dipasarkan di negara-negara lain termasuk Malaysia tidak akan mendapat sebarang fon telinga dan pengecas. Apple mengatakan mereka mengambil tindakan ini bagi mengurangkan impak alam sekitar yang terhasil daripada pengilangan aksesori tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumors

Exit mobile version