Site icon TechNave BM

SHARGE lancarkan bank kuasa berinsipirasikan filem fiksyen sains bermula RM229

SHARGE telah melancarkan koleksi produk dengan kerjasama filem fiksyen sains terkenal “The Wandering Earth II” dinspirasikan oleh tema futuristik filem tersebut, SHARGE bertujuan untuk mencipta produk yang menggabungkan fiksyen sains dengan kegunaan dalam kehidupan sebenar.

Bank kuasa Internet Hostkey yang berinspirasikan oleh plot filem, menyokong pengecasan tiga peranti secara serentak, mempunyai port USB-C dan USB-A dengan keluaran jumlah 130W. Ia membolehkan pengecasan yang cepat dan selamat untuk pelbagai peranti dan termasuk pemantauan status kuasa secara langsung.

Bank kuasa magnetik Space Elevator pula diilhamkan daripada konsep lif angkasa filem tersebut, menyambung dengan peranti dengan daya magnet yang kuat. Ia mempunyai reka bentuk yang padat, menyokong pengecasan tanpa wayar 7.5W dan memudahkan pengecasan 20W melalui port USB-C.

Akhir sekali, MOSS Charger 40W diinspirasikan oleh kecerdasan buatan komputer kuantum dalam filem tersebut, menggunakan teknologi all-GaN yang canggih untuk pengecasan pantas dan menyokong pengecasan dwi melalui port USB-A dan USB-C. Ia termasuk pemantauan suhu pintar untuk mencegah pemanasan berlebihan.

ProdukRRP (RM)
Internet Hostkey(130W Power Bank)999
Internet Hostkey(40W Power Bank)499
MOSS Charger 40W299
Space Elevator(Magnetic Power Bank)229

Koleksi “The Wandering Earth II” oleh SHARGE kini secara rasmi dilancarkan di Malaysia, boleh dibeli secara terbuka mulai 1 Disember 2023. Produk boleh dibeli secara eksklusif di Lazada dan laman web rasmi SHARGE.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version