Site icon TechNave BM

SHARP AQUOS XLED 4K 2023 diumum di Malaysia, miliki 11 pembesar suara ARSS+ berharga RM15,999

SHARP yang merupakan jenama elektronik terkemuka Jepun telah mengumumkan peranti terbaharu iaitu TV SHARP AQUOS XLED 4K dalam pasaran Malaysia. TV SHARP AQUOS XLED 4K ialah versi AQUOS XLED yang dinaik taraf yang dilancarkan di Jepun pada tahun 2021. Ia menggunakan teknologi yang menggabungkan kelebihan TV LCD dan OLED.

SHARP AQUOS XLED 4K diiktiraf sebagai TV 4K terbaik yang dihasilkan oleh SHARP dalam beberapa tahun dan ia juga merupakan produk pemenang Anugerah Konsep Profesional iF Design 2023. AQUOS XLED tersedia dalam saiz 65 inci dan 75 inci, menyokong resolusi 4K, menggunakan teknologi Xtrem miniLED serta mempunyai lebih daripada 2,000 zon peredupan.

Selain itu, AQUOS XLED juga dilengkapi dengan teknologi Deep Chroma Quantum Dot dan julat paparan lebih 20% lebih besar daripada paparan sebelum ini. TV ini juga mempunyai sistem pembesar suara surround ARSS+ yang terdiri daripada 11 pembesar suara. TV ini juga dilengkapi dengan teknologi Google TV dan Dolby.

TV SHARP AQUOS XLED 4K 65 inci akan dipasarkan di Malaysia pada 18 Mei. Pengguna yang berminat boleh mengunjungi pengedar sah dan kedai rasmi SHARP. Versi 75 inci dijangka dikeluarkan di Malaysia bulan depan.

Sesiapa yang membeli SHARP AQUOS XLED 4K (65-inci) dari sekarang hingga 31 Mei boleh membelinya pada harga RM15,999 sahaja dan berpeluang memiliki DJI mini 3 bernilai RM2,399 secara percuma.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version