Site icon TechNave BM

Sharp Electronics bantu guru Malaysia dengan program latihan bilik darjah pintar

Sharp Electronics (Malaysia) Sdn Bhd (Sharp Malaysia) dan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menyokong guru di seluruh Malaysia dalam menggunakan pembelajaran bilik darjah digital melalui program latihan Penyelesaian Bilik Darjah Pintarnya.

MoU tersebut ditandatangani oleh Dato’ Wan Munadi Wan Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif, YGMB dan Encik Ting Yang Chung, Pengarah Urusan, Sharp Malaysia. Selain membolehkan pengajaran dalam talian dilakukan dengan lebih baik dan interaktif, Penyelesaian Bilik Darjah Pintar oleh Sharp turut membolehkan pembelajaran hibrid dilakukan di kalangan guru dan pelajar.

Program ini akan memberi panduan kepada guru untuk menggunakan papan pintar Sharp secara berkesan ketika mengajar. Sebagai sebahagian daripada sumbangan yang diperuntukkan, Sharp juga menggalakkan para guru membangunkan bahan pengajaran yang inovatif dan menarik untuk dikongsikan dalam komuniti guru.

Sharp dan YGMB akan terus mewujudkan pelbagai inisiatif bagi memperkasa guru dalam meningkatkan kemahiran digital mereka dan menggalakkan pemerolehan bahan pengajaran berkualiti tinggi daripada para guru.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version