Site icon TechNave BM

Shell melancarkan aplikasinya sendiri: Bayar minyak dan mengumpul mata BonusLink

Aplikasi Setel telah banyak membantu pengguna terutamanya apabila ingin mengisi minyak dan membuat pembayaran parkir kereta. Dalam pada itu, Shell telah melancarkan aplikasinya sendiri dengan tujuan yang sama.

Seperti aplikasi Setel, anda boleh membuat pembayaran mengisi minyak di mana-mana stesen minyak Shell. Kemudian, pengumpulan mata ganjaran juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui aplikasi Shell seperti kad BonusLink biasa. Setelah mencapai mata ganjaran tertentu, anda boleh menebus ganjaran tersebut di Katalog Hadiah (Gift Catalogue).

Aplikasi ini menyokong sistem operasi Android dan juga iOS 11 dan ke atas. Klik saja di sini sekiranya anda ingin memuat turun aplikasi Shell dengan mudah. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Shell

Exit mobile version