Site icon TechNave BM

Shopee anjurkan jualan PayDay pada 25 Ogos ini, promosikan WIKO T50 dan T10 bermula RM399

Pada awal bulan Ogos, WIKO telah melancarkan WIKO T50 dan T10 di Malaysia dan mendapat tempat antara lima teratas sebagai telefon pintar terlaris di Shopee semasa Jualan Shopee 8.8. Kini, WIKO Malaysia kembali dengan promosi bagi model WIKO T50 dan WIKO T10 untuk jualan Shopee PayDay pada 25 Ogos ini.

Di bawah merupakan promosi sempena jualan Shopee PayDay:

WIKO telah dikenali dengan sentuhan Perancis daripada segi reka bentuknya yang bergaya, ciri-ciri inovatif dan canggih. Syarikat itu turut mengumumkan perkongsiannya dengan Genesis Millenium Falcon Sdn Bhd (GMF) sebagai pembekal perkhidmatan selepas jualan rasmi mereka.

Genesis Millenium Falcon Sdn Bhd (GMF) adalah salah satu pusat perkhidmatan yang pakar dalam pembaikian komputer dan telefon pintar serta penyelenggaraan perkhidmatan. Perkhidmatan mereka terdiri daripada talian hotline kepada prosedur operasi standard dalam bantuan penyelenggaraan dan pembaikan mereka.

Kedua-dua telefon WIKO ini mempunyai waranti sehingga satu tahun termasuk produk utama, bateri, pengecas dan fon telinga. Dengan kerjasama GMF, pengguna boleh menghantar telefon mereka untuk perkhidmatan pembaikian ke mana-mana pusat perkhidmatan GMF di seluruh negara dan hubungi penyedia perkhidmatan pasca-jualan WIKO di WhatsApp atau alamat e-mel.

Untuk maklumat mengenai pusat perkhidmatan selepas jualan WIKO, pergi ke laman web rasmi WIKO dan Facebook WIKO Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version