Pada 12 Disember ini, Shopee akan menganjurkan Jualan 12.12 buat kali kelima di mana pelanggan boleh menikmati pelbagai diskaun seperti tawaran RM1 semasa Jualan Kilat serta penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12. Mereka juga akan menganjurkan permainan Shopee Kotak Duit pada hari Isnin dan Khamis di mana peserta bertuah akan memenangi wang tunai sehinga RM12,000.
Untuk mempromosi kempen jualan ini, Shopee akan mengadakan hiburan 12.12 Birthday Bash pada 11 Disember jam 9:00 malam, di mana pelbagai artis ternama seperti Sheila Majid, Faizal Tahir, Ruffedge, Misha Omar, Khai Bahar dan Dolla akan membuat countdown menjelang 12 Disember. Penonton juga berpeluang memenangi 12 juta syiling Shopee dan wang tunai RM24,000 dengan Shopee Kotak Duit.
Sempena Jualan Ulang Tahun 12.12 pada 12 Disember ini, Shopee akan membantu lebih seribu perniagaan yang beroperasi dari lokasi fizikal untuk menjual produk atau perkhidmatan mereka secara digital. Shopee juga akan menyediakan pelbagai insentif seperti Bengkel E-dagang Percuma 12.12 di mana usahawan kecil boleh belajar tentang ilmu kewangan, cara meningkatkan jualan dan pendedahan serta banyak lagi.
Shopee juga akan melaksanakan inisiatif #ShopeeGivesBack di mana mereka akan membantu lebih 30 persatuan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 seperti MERCY Malaysia dan Zoo Negara. Mereka akan dibantu oleh Skuad Selebriti Shopee seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Neelofa, Fahrin Ahmad dan ramai lagi.
Beritahu kami di Facebook apakah yang anda ingin beli pada 12 Disember ini di Shopee dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

