Site icon TechNave BM

Shopee ingatkan pengguna agar tidak terpedaya dengan iklan pekerjaan palsu dalam WhatsApp

Platform e-dagang Shopee hari ini mengingatkan para penggunanya agar tidak terpedaya dengan sebarang iklan palsu berkenaan peluang pekerjaan dalam syarikat tersebut. Mereka telah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa beberapa individu telah menyamar sebagai pekerja Shopee dan kononnnya menawarkan peluang pekerjaan dalam syarikat e-dagang itu.

Iklan pekerjaan ini telah disebarkan melalui aplikasi pemesejan WhatsApp. Shopee menegaskan bahawa mereka tidak akan menggunakan sebarang aplikasi pemesejan dalam mencari pekerja baharu. Selain itu, mereka juga tidak mempunyai jawatan untuk “Online Purchasing Agents” seperti yang tertera dalam iklan tersebut.

Jika mana-mana rakyat Malaysia menerima iklan tersebut atau telah terpedaya dengannya, Shopee menasihatkan mereka untuk membuat laporan polis dengan segera. Di samping itu, rakyat juga boleh semak maklumat yang mencurigakan melalui laman web SEMAKMULE, talian CCID Infoline 013-211-1222 atau hubungi Pusat Tindak Balas CCID di 03-2610-1559 atau 03-2610-1599.

Buat mereka yang berminat untuk bekerja di Shopee, mereka boleh layari laman web rasmi kerjaya di Shopee untuk maklumat lanjut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sinar Harian

Exit mobile version