Site icon TechNave BM

Shopee jamin bekalan topeng muka cukup, galakkan ia dijual pada harga berpatutan

Selain meneruskan perkhidmatan seperti biasa sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan, Shopee memberi jaminan bahawa bekalan topeng yang dijual dalam pusat jualan dalam talian tersebut mencukupi sepanjang kita mengalami penularan wabak COVID-19. Ini adalah berikutan syarikat-syarikat di China yang meneruskan semula perniagaan dan pengilangan topeng serta boleh mengeksportnya ke Malaysia.

Peningkatan bekalan topeng muka juga telah menyebabkan penurunan harga untuk produk tersebut. Pengguna kini boleh membeli topeng muka perubatan (surgical face mask) tiga lapis di Shopee daripada harga RM60 hingga RM85 sekotak, yang mempunyai 50 keping. Mereka juga telah memberi amaran kepada penjual yang tidak berhati perut agar jurang harga tersebut dipatuhi dan ia mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Shopee juga memberi beberapa garis panduan buat pembeli yang ingin mendapatkan topeng muka, seperti membaca penerangan produk dan ulasan daripada pembeli lain dengan teliti, menggunakan Shopee Live Chat untuk membuat pengesahan harga, kuantiti dan maklumat penjual, serta jauhi dan laporkan sebarang penjual yang menjual topeng muka pada harga yang terlalu mahal.

Gunakan fungsi Report This Product di sudut kanan aplikasi Shopee untuk membuat laporan. Beritahu kami di Facebook jika anda sudah pun membeli topeng muka daripada Shopee dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version