Site icon TechNave BM

Shopee kini benarkan anda beli dulu, bayar bulan hadapan dengan SPayLater

Pembelian dalam talian tidak lagi asing untuk rakyat Malaysia. Platform-platform e-dagang juga tidak ketinggalan untuk menawarkan pelbagai ciri jual beli menari dan promosi. Terkini, Shopee menawarkan satu lagi ciri menarik; SPayLater yang membenarkan pengguna membeli dahulu, bayar kemudian.

SPayLater membenarkan pengguna untuk membeli produk, kemudian membayarnya pada bulan hadapan. Pengguna juga boleh memilih jika ingin membuat bayaran ansuran dalam jangka masa 1 bulan hingga 6 bulan (tertakhluk kepada syarat).

Prinsipnya dilihat sama seperti kad kredit di mana pengguna mesti membayarnya sebelum 10 hari bulan pada bulan seterusnya setelah membeli. Anda boleh melihat sendiri caj faedah yang dikenakan jika lewat membayar atau berdasarkan jangka masa ansuran.

Untuk melihat cara mengaktifkan dan menggunakan SPayLater, anda boleh ke pautan rasmi Shopee ini.

Apakah pandangan anda mengenai ciri baru Shopee ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Shopee

Exit mobile version