Site icon TechNave BM

Shopee umumkan waktu operasi penghantaran untuk Hari Raya Aidilfitri ini

Bersempena dengan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, ia adalah masa untuk anda cakna tentang waktu operasi penghantaran barang terutama jika membeli di Shopee. Sila ambil perhatian sekiranya anda bercadang untuk membeli barangan daripada Shopee buat masa ini.

Setiap syarikat penghantaran akan mempunyai tarikh akhir untuk penghantaran dan pastikan anda mengirim barang sebelum hari yang telah ditetapkan. Jadual penghantaran bersempena Hari Raya juga telah dikongsi oleh Shopee. Sila rujuk jadual di bawah:

Selain itu, Shopee turut mengeluarkan jadual waktu lain yang lebih terperinci untuk pelanggan mengelak gangguan. Anda boleh melawati halaman sokongan di sini untuk menyemaknya dan maklumat setiap cawangan untuk penghantaran beroperasi.

Selain itu, jika anda membeli barang semasa cuti Raya, anda juga boleh menyemak tarikh penghantaran yang dijangkakan untuk setiap negeri. Kongsikan jadual waktu ini dengan rakan dan keluarga anda jika anda bercadang untuk membeli barangan di Shopee.

Beri pendapat anda di Facebook kami serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version