Site icon TechNave BM

Shopee, Lazada turut umumkan kenaikan caj SST kepada 8%

Mulai bulan ini, dua platform dagangan dalam talian popular Shopee dan Lazada Malaysia, memperkenalkan caj tambahan untuk pembelian barangan bagi pengguna, sejajar dengan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Untuk platform Shopee, caj tambahan yang berkaitan akan dikenali sebagai ‘Kos Penghantaran SST’ dan ia akan dikenakan kepada pengguna apabila membuat pembelian di platform e-dagang. Shopee menyatakan bahawa caj SST ke atas caj penghantaran ini dikutip berdasarkan jumlah kos penghantaran selepas ditolak diskaun.

Pengenalan caj sedemikian di platform itu adalah sesuatu yang baharu. Shopee dilihat melaksanakan caj itu sejajar dengan kenaikan dua peratus caj SST daripada 6% kepada 8% yang berkuat kuasa mulai bulan ini. Lazada Malaysia turut mengumumkan pelaksanaan caj cukai perkhidmatan sebanyak 8%.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version