Site icon TechNave BM

Shopee memastikan bekalan topeng muka dan hand sanitiser tangan cukup untuk rakyat Malaysia

Wabak COVID-19 kini di tahap membimbangkan. Akibatnya, topeng muka, hand sanitiser, pembasmi kuman, dan barangan lain makin berkurangan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah berbincang dengan pengeluar topeng muka tempatan untuk meningkatkan pengeluaran disebabkan oleh peningkatan permintaan sebanyak tiga kali ganda berbanding tempoh biasa.

Shopee giat berusaha untuk mengendalikan rantaian bekalan dan memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi untuk rakyat Malaysia di seluruh negara. Shopee telah mendapat bekalan topeng KF94 yang boleh didapati di S-Mart mulai hari ini. Shopee juga dalam proses untuk mendapatkan stok tambahan untuk topeng muka 3 lapis dan hand sanitiser saiz perjalanan (50ml) yang boleh didapati di S-Mart mulai minggu depan.

Topeng muka KF94 akan dijual pada harga RM5.90 setiap satu, manakala satu set lima (5) helai 3-lapis topeng muka akan dijual pada harga RM3.90. Setiap pengguna Shopee dihadkan kepada maksimum satu (1) topeng KF94  dan satu (1) set 3-lapis topeng muka.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata komitmen dan tumpuan Shopee adalah kesejahteraan pengguna ketika penularan wabak ini. “Topeng muka KF94 dan 3-lapis, serta hand sanitiser, boleh didapati di S-Mart di https://shopee.com.my/m/shopee-mart.

Kongsi pendapat anda tentang isu ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version