Site icon TechNave BM

Shopee membolehkan penjualan daging segar, makanan laut dan sayur-sayuran dijual di platformnya

Platform e-dagang nombor satu Malaysia, Shopee mengumumkan bahawa ia kini dapat menghantar bahan makanan segar terus ke kediaman rakyat Malaysia. Kategori baharu ini membolehkan daging segar, makanan laut dan sayur-sayuran dijual di platformnya.

Sebagai perintis dalam menjual makanan laut secara atas talian, Fish Club membawa tangkapan segar dari kampung nelayan Pontian seperti ikan bawal, udang laut, ikan senangin rambu empat serta salmon, belut dan kekapis yang diimport. Untuk mengekalkan kesegaran, Fish Club menyimpan makanan laut dalam bekas vakum serta membekukannya sebaik sahaja makanan laut tersebut dibuang sisiknya, disiang dan dipotong.

Pengguna yang membeli dari kedai rasmi Fish Club “fishclubmy” boleh menikmati kadar rata RM20 untuk penghantaran, atau berbelanja sekurang-kurangnya RM300 untuk menikmati penghantaran percuma.

Mereka yang inginkan daging segar dan makanan laut bersama-sama dengan sayur-sayuran hijau, kekacang dan kentang boleh mendapatkannya dari kedai rasmi FreshTap “freshtap.my”.

Pengguna yang membeli dari Fish Club dan FreshTap di Shopee akan menerima hasil segar dalam masa 1 hingga 3 hari. Untuk memulakan pelancaran tawaran baharu ini di Shopee, para pembeli bakal menikmati tawaran menarik: item seperti salmon, ikan dory, udang, ayam, daging lembu, kerang dan sardin akan dijual pada diskaun 50% semasa Jualan Kilat Shocking Sale pada 3 dan 4 Mac 2020.

Kunjungi Fish Club di https://shopee.com.my/fishclubmy dan FreshTap di https://shopee.com.my/freshtap.my untuk menikmati kemudahan membeli hasil segar secara atas talian.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan barangan dapur anda melalui shopee? Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version