Site icon TechNave BM

Shopee SLoan beri pinjaman digital sehingga RM100,000 untuk beberapa orang terpilih

Shopee telah mengeluarkan pinjaman pembiayaan digital SLoan untuk pengguna dengan menawarkan pinjaman dari RM1,000 hingga RM100,000. SLoan adalah singkatan kepada Shopee Loan dan telah pun diumumkan untuk penjual pada November 2022. 

Namun, buat masa ini, hanya beberapa pengguna terpilih sahaja yang layak mendapat SLoan. Menurut Shopee, proses permohonan yang mudah dalam aplikasi Shopee itu memberikan kelulusan pinjaman yang cepat dalam tempoh 24 jam. 

Terdapat ciri pembayaran balik berbilang saluran yang selamat dan tempoh pinjaman yang fleksibel. Untuk kelayakan, anda perlu menjadi Warganegara / Penduduk Tetap / Angkatan Tentera Malaysia dan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

Terdapat yuran tertentu yang berkaitan dengan SLoan termasuk 0.5% daripada jumlah pinjaman untuk Stamping, RM5 setiap pinjaman untuk Yuran Perakuan dan kadar faedah 1.5% sebulan atau 18% setahun ke atas jumlah pinjaman. Jika anda lewat, anda perlu membayar penalti 8% setahun.

Ketahui lebih lanjut mengenai SLoan di laman web rasmi Shopee. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version