Site icon TechNave BM

Shopee teruskan perniagaan seperti biasa & penghantaran percuma sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan

Hari ini, Shopee mengumumkan bahawa mereka akan meneruskan operasi perniagaan mereka seperti biasa walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasakan pada hari esok. Ini adalah kerana Shopee adalah sebuah syarikat e-dagang yang tergolong dalam kategori peruncitan yang disenaraikan sebagai perkhidmatan penting dan perlu terus bekerja sepanjang Perintah ini dilaksanakan.

Pelbagai produk keperluan seperti tisu, topeng muka, cecair pencuci tangan, mi segera, minyak masak, makanan dalam tin, kopi, beras serta hasil segar seperti daging dan sayur-sayuran masih boleh dibeli dari Shopee. Mereka juga akan bekerjasama dengan syarikat peruncitan lain seperti Mydin dan Tesco untuk memastikan bekalan mencukupi.

Shopee juga akan mengambil langkah tambahan dengan mengehadkan bilangan barangan penting yang boleh dibeli di Shopee Mart oleh satu pelanggan untuk memastikan lebih ramai orang boleh mendapat bekalan secukupnya. Sementara itu, perkhidmatan penghantaran hari berikutnya di Lembah Klang dan bahagian selatan Malaysia masih akan diteruskan seperti biasa.

Daripada segi kebersihan pula, Shopee akan memastikan semua pihak yang terlibat dalam rantai bekalannya agar mengamalkan langkah-langkah pembersihan dengan teliti. Beritahu kami di Facebook jika maklumat ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version