Site icon TechNave BM

Shopee umum khidmat Penghantaran Hari Berikutnya! Beli hari ini, esok sampai

Sempena jualan 3.3 yang bakal berlangsung pada Mac ini, Shopee Malaysia telah mengumumkan khidmat Penghantaran Hari Berikutnya di beberapa negeri terpilih. Setakat ini, hanya Kedah, Perli, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak sahaja yang terkecuali. Perkhidmatan ini sudah bermula sekarang sehingga 3 Mac 2021.

Sebagai makluman, anda perlu memesan barang sebelum 12 tengah hari untuk mendapatkan khidmat penghantaran pada hari berikutnya (termasuk hari minggu, tetapi cuti am terkecuali). Perkhidmatan ini hanya boleh digunakan di Shopee Mart dengan tanda Penghantaran Hari Berikutnya atau Next-Day Delivery.

Jika pesanan anda tidak sampai pad ahari berikutnya, anda akan mendapat baucar Penghantaran percuma yang boleh digunakan dalam Shopee Mart (tertakhluk pada terma dan syarat).

Mengenai jualan 3.3, rakyat Malaysia boleh mendapatkan penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM10 sahaja di 3.3 Supermarket Sale. Terdapat juga produk yang boleh didapati dengan harga serendah 33 sen dan tawaran produk dengan diskaun 50% setiap hari.

Adakah anda sudah menambah pesanan dalam senarai pembelian anda di Shopee? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version