Site icon TechNave BM

Shopee umum tarikh akhir penghantaran barang sebelum Hari Raya Aidilfitri

Dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir, syarikat penghantaran telahpun mengumumkan tarikh akhir bagi penghantaran barang-barang yang dibeli melalui platform dalam talian sebelum perayaan tersebut.

Menurut inforgrafik yang dikongsikan di Shopee, tempoh akhir untuk penghantaran barang bermula dari 1 April hingga 6 April 2024. Bagi mereka yang membuat pesanan selepas 1 April 2024, terdapat peluang untuk menerima barang pesanan sebelum tamat tempoh penghantaran pada 6 April 2024 melalui perkhidmatan Pos Laju, Pos Malaysia, J&T Cargo dan Best Cargo.

Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan juga untuk anda menerima pesanan yang dibuat selepas permulaan cuti umum pada 15 April 2024. Oleh itu, anda disarankan untuk membuat pesanan secepat mungkin jika anda memerlukan barang-barang tersebut dengan segera.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Shopee

Exit mobile version