Site icon TechNave BM

ShopeeFood kini beroperasi di Pulau Pinang bermula Jun 2022

Selepas pelancarannya di Lembah Klang dan Johor Bahru, ShopeeFood meluaskan perkhidmatan penghantaran makanannya di Pulau Pinang bermula Jun ini. Penduduk di Pulau Pinang tidak perlu beratur dan memesan dari kedai tempatan kegemaran untuk memuaskan keinginan makan mereka.

Anda boleh memesan selama 24 jam dengan hanya klik ikon ‘ShopeeFood’ yang tersedia di halaman utama. Anda perlu aktifkan dan bayar dengan ShopeePay untuk transaksi yang lebih lancar. Anda juga boleh mendapatkan Syiling Shopee dan ganjaran-ganjaran lain.

Selain baucar penghantaran percuma sepanjang hari, pengguna boleh menambah dengan baucar Diskaun Makanan untuk mendapatkan lebih banyak diskaun. Terdapat tawaran super harian dengan diskaun 50% dan diskaun 20% dalam masa terhad daripada rakan kongsi peniaga dan promosi mingguan dengan harga yang berpatutan

Dengan ini, pihak ShopeeFood menggalakkan lebih ramai peniaga Pulau Pinang untuk mendigitalkan perniagaan mereka untuk lebih ramai pelanggan.

Ketahui berita terkini mengenai ShopeeFood di Instagram atau layari laman web rasminya di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version