Site icon TechNave BM

ShopeePay kini boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran untuk perkhidmatan Apple

Bermula hari ini, pengguna dompet mudah alih ShopeePay di Malaysia kini boleh menggunakannya sebagai kaedah pembayaran untuk perkhidmatan Apple. Ini bermaksud ShopeePay boleh digunakan untuk sebarang pembelian di App Store, Apple Music, aplikasi Apple TV, iTunes Store, storan awanan iCloud dan banyak lagi.

Dengan ShopeePay, anda tidak perlu lagi menggunakan kad kredit atau kad debit sewaktu membuat pembayaran untuk perkhidmatan Apple. Ia boleh dipautkan kepada pelbagai peranti Apple seperti iPhone, iPad dan komputer Mac.

Untuk mengaktifkan ShopeePay dalam Apple ID, anda boleh pergi ke Settings -> Apple ID -> Payment & Shipping -> Add Payment Method, kemudian pilih kaedah pembayaran anda.

Layari laman web Shopee untuk maklumat lanjut mengenainya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version