Shopee kini memperkenalkan program keahlian premium terbaharu dikenali sebagai ShopeeVIP yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih diperibadikan dengan pelbagai diskaun eksklusif, ganjaran tersuai dan pengesyoran produk yang disesuaikan untuk pengguna setia di Malaysia.
Melalui halaman khas ShopeeVIP, ahli dapat mengakses pusat ganjaran yang memaparkan tawaran bulanan terpilih merentasi pelbagai kategori seperti elektronik, fesyen, kecantikan dan keperluan harian. Sistem ini disepadukan sepenuhnya dalam ekosistem Shopee sedia ada yang membolehkan pengguna menebus ganjaran, memantau mata dan melihat promosi istimewa terus dari satu halaman.
Shopee menjelaskan bahawa pelancaran ini bertujuan untuk meningkatkan kesetiaan pengguna melalui perkhidmatan yang lebih bernilai dan diperibadikan. Bagi pembeli tegar yang sering berbelanja dalam talian sama ada mencari gajet terkini, barangan rumah atau tawaran semasa jualan besar, ShopeeVIP direka untuk menjadikan setiap transaksi lebih berbaloi.
Untuk memanfaatkan sepenuhnya keahlian ini, pengguna digalakkan untuk kerap melawat Pusat VIP bagi mengikuti promosi masa terhad dan acara eksklusif. Menggabungkan diskaun VIP dengan promosi biasa membantu pengguna berjimat lebih sementara menetapkan halaman ShopeeVIP sebagai portal utama memastikan mereka tidak terlepas tawaran eksklusif ahli.
ShopeeVIP kini ditawarkan pada yuran langganan RM6.99 sebulan. Maklumat lanjut mengenai keahlian boleh didapati di laman web rasmi Shopee Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

