Site icon TechNave BM

Singapura gunakan robot anjing untuk pastikan rakyat amalkan penjarakan sosial

Pelbagai negara kini sedang mengalakkan penjarakan sosial bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19 dan Singapura juga tidak terkecuali. Bagi mengingatkan rakyatnya untuk mengamalkan penjarakan sosial di taman rekreasi, pihak berkuasa negeri itu menggunakan sebuah robot mirip anjing untuk melakukannya.

Singapore National Parks Board (NParks) telah menggunakan robot Spot yang dibina oleh Boston Dynamics untuk mengingatkan para pelawat Bishan-Ang Mo Kio Park agar mengekalkan jarak sesama mereka. Robot tersebut memainkan mesej “demi keselamatan anda dan orang-orang sekeliling, sila kekalkan jarak satu meter.”

Robot tersebut dikawal daripada jauh dan mempunyai kamera untuk menilai jumlah pelawat yang berada di taman tersebut. Setakat ini ia dalam tempoh percubaan dan jika ujian ini berjaya, NParks akan gunakan robot ini lebih banyak pada waktu puncak.

Inisiatif ini bertujuan bagi mengurangkan keperluan kakitangannya untuk meronda taman itu dalam menguat kuasakan penjarakan sosial dan mengurangkan risiko penyebaran COVID-19. Terdapat juga pelan untuk menggunakan robot ini di tempat lain sekitar negara itu.

Adakah anda menginginkan robot seperti ini di Malaysia? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Straits Times

Exit mobile version