Site icon TechNave BM

Singapura rancang arahkan setiap penduduk untuk pakai peranti pengesanan COVID-19

Singapura merancang untuk memberikan setiap penduduknya sebuah peranti boleh pakai yang akan mengesan pemakai yang mempunyai interaksi dengan mereka yang telah dijangkiti koronavirus. Peranti tersebut boleh dipakai di hujung tali lanyard atau di bawa di dalam beg tangan, dan ia dibangunkan daripada aplikasi telefon pintar TraceTogether yang mempunyai fungsi serupa.

Menteri yang bertanggungjawab, Vivian Balakrishnan, menyatakan peranti tersebut akan diedarkan kepada semua orang di Singapura, namun beliau tidak menjelaskan jika peranti tersebut wajib dibawa pada setiap masa. Peranti tersebut boleh berfungsi tanpa bergantung kepada telefon pintar.

Terdapat juga isu tentang privasi berkenaan pelaksanaan ini, kerana tidak pasti jika data pemakainya akan selamat sepenuhnya. Walaupun kerajaan Singapura sudah menjamin bahawa sebarang data berkenaan COVID-19 adalah selamat, pakar undang-undang menyatakan pengguna tidak akan dapat mengetahui fungsi peranti tersebut dengan mendalam.

Apakah pendapat anda tentang inisiatif oleh jiran kita ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version