Site icon TechNave BM

Siri Acer Chromebook dilancar: Miliki Intel 11th Gen dan WiFi 6 bermula ~RM1,661

Acer telah melancarkan empat Chromebook yang sesuai untuk bekerja di rumah, bisnes dan pelajar. Keempat-empat Chromebook ini dilengkapi dengan pemproses Intel® Wi-Fi 6, teknologi video persidangan dan reka bentuk yang tahan lama dan sesuai untuk digunakan dalam apa jua hal. Chromebook Acer disokong oleh Google Play dan aplikasi berasaskan web untuk akses ke semua aplikasi yang mereka sukai dalam aspek produktiviti, kreativiti dan banyak lagi.

Acer Chromebook Spin 514 – Model 14 inci untuk video persidangan dalam perjalanan

Acer Chromebook Spin 514 dan Acer Chromebook Spin Enterprise 514 direka tanpa kipas untuk pelbagai tugas dan persidangan video yang sesuai ketika bekerja. Ia menggunakan pemproses Intel® Core ™ i7 Gen 11 dan FHD IPS 14 inci mempunyai nisbah skrin-ke-badan 84%. Kamera web FHD MIPI dilengkapi penapis kaca biru dan dan teknologi bagi noise reduction untuk menangkap gambar dengan lebih jelas. Dwi-pembesar suara peranti menggunakan Audio DTS® dan penguat suara pintar binaan-dalam yang digabungkan dengan dwi-mikrofon untuk persidangan video dan audio yang lebih jelas.

Chromebook Spin 514 dan Chromebook Spin Enterprise 514 boleh ditukar mengikut bentuk pekerjaan seperti komputer riba, tablet, khemah atau mod paparan. Ia mempunyai sijil MIL-STD 810H di mana reka bentuknya tahan lasak dengan penutup atas dan bawah aluminium. Peranti ini mempunyai port USB Type-C dual, pad sentuh Corning® Gorilla® Glass, papan kekunci dengan lampu latar.

Acer Chromebook 515 – Paparan 15.6 inci untuk prestasi dan persidangan

Acer Chromebook 515 dan Acer Chromebook Enterprise 515 sangat sesuai untuk perniagaan yang menggunakan teknologi cloud untuk menyebarkan, mengurus dan dapat menjimatkan tenaga kerja. Chromebook dikuasakan oleh pemproses Intel® Core ™ i7 Gen ke-11 dan Intel® Iris® Xe Graphics, ditambah dengan penyimpanan PCIe NVMe 512 GB dan RAM 16 GB membolehkan Chromebook hidup dalam masa kurang dari satu saat.

Paparan FHD IPS 15.6 inci memberi keupayaan multi-sentuh yang memudahkan pelbagai kerja. Ia dilengkapi dengan Audio DTS dan penguat suara pintar binaan-dalam untuk audio yang lebih kuat dan lebih jelas. Dwi mikrofon dapat membantu menjelaskan suara pengguna sementara shutter kamera web melindungi privasi mereka ketika persidangan video selesai.

Chromebook 515 dan Chromebook Enterprise 515 mempunyai penutup aluminium dan reka bentuk tahan lasak. Ia turut dilengkapi pad sentuh Corning® Gorilla® Glass yang nipis untuk memastikan sentuhan lancar dan tepat sementara pad kekuncinya mempunyai lampu latar. Ia mempunyai port USB 3.2 Gen 2 Type-C di setiap sisi, HDMI dan microSD.

Acer Chromebook 514 – Reka Bentuk Premium, Dikuasakan oleh Pemproses Octa-Core MediaTek Kompanio 828

Acer Chromebook 514 menampilkan reka bentuk ultra-mudah alih dikuasakan oleh pemproses Octa-core MediaTek Kompanio 828. Baterinya boleh bertahan selama 15 jam dan boleh meningkat ke 50% dalam masa 30 minit. Beratnya 1.3 kg, ketebalannya berukuran 16.85mm, diperbuat daripada aluminium untuk perlindungan peranti dan pad sentuh Corning Gorilla Glass memberikan navigasi yang lancar. Ciri tambahan lain peranti adalah paparan matte 14-inci nipis, DTS Audio, papan kekunci dengan lampu latar dan port USB Type-C.

Acer Chromebook Spin 314: Chromebook 14-inci mesra bajet mempunyai OceanGlass Touchpad

Acer Chromebook Spin 314 dilengkapi pad sentuh OceanGlass™ mesra alam yang diperbuat daripada plastik sampah yang telah dikitar semula menjadi tekstur seperti kaca. Paparan skrin sentuh FHD IPS 14 inci dengan bezel nipis 6mm dan hayat bateri sehingga 10 jam amat sesuai digunakan oleh pelajar. Chromebook ini juga mempunyai port USB-C 3.2, dua port USB-A 3.2, port HDMI, slot MicroSD, serta teknologi MU-MIMO Wi-Fi 6 dan 2×2 untuk kelajuan tanpa wayar.

Berikut merupakan harga dan tarikh keluaran peranti mengikut tempat:

Kongsi pendapat anda mengenai Acer Chromebook di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version