Site icon TechNave BM

Siri Acer Predator Triton, Helios dan Nitro baru diumum: GPU NVIDIA RTX 3060 bermula ~RM3,754

Melalui acara persidangan dan pameran teknologi CES 2021, Acer kini mengumumkan barisan komputer riba berfokuskan gaming terbaru. Selain siri Acer Aspire baru. syarikat ini turut mengumumkan Acer Predator Triton 300 SE, Predator Helios 300 dan Acer Nitro 5.

Predator Triton 300 SE

Acer Predator Triton 300 SE (PT314-51s) dilengkapi pemproses terkini Intel Generasi Ke-11 edisi khas Core i7 siri H35 yang mencapai 5GHz bersama pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX 3060. Terdapat juga sistem penyejukan dua kipas generasi ke-5 dan teknologi Acer Vortex Flow yang memberi penyejukan ketika sesi gaming.

Walaupun panel skrin hanya 14 inci, ia masih hadir dengan kadar segar semula 144Hz dalam resolusi FHD. Ketahanan baterinya dikatakan mampu bertahan sehingga 10 jam, bergantung kepada penggunaan anda. Antara ciri lain yang turut hadir adalah sistem audio DTS:X Ultra, papan kekunci RGB 3 zon, Intel Killer WiFi 6 AX1650 dan kelengkapan port; Thunderbolt 4, USB 3.2 gen 2 dan HDMI.

Predator Helios 300

Acer Predator Helios 300 adalah lebih kurang sama dengan Triton 300 SE dengan perbezaan NVIDIA GeForce RTX 3080 dan RAM sehingga 32GB.

Paparan IPS Predator Helios 300 boleh menyokong kadar semula sehingga 240Hz dengan masa tindak balas 3ms. Ia turut dilengkapi audio DTS:X Ultra dan sistem bunyi sekeliling simulasi 3D. Terdapat juga teknologi penyejukan AeroBlade 3D dan CoolBoost.

Acer Nitro 5

Siri Acer Nitro baru kini hadir dengan Acer Nitro 5 yang dilengkapi pemproses Intel Core Generasi Ke-11 siri H35 dan pemproses grafik NVIDIA GeForce GTX. Ia hadir bersama RAM DDR4 sehingga 32GB dan storan berkembar SSD PCIe/SATA. Terdapat juga aplikasi NitroSense untuk pengguna menyemak suhu, mengubahsuai kipas komputer riba dan banyak lagi.

Selain sokongan kadar segar semula 144Hz dan masa tindak balas 3ms, Acer Nitro 5 juga mampu menangani suhu panas dengan rekaan port ekzos kuad. Sistem penyejuka Acer Coolboost pula meningkatkan kelajuan kipas sehingga 10% dan membantu menyejukkan CPU/GPY berbanding mod auto. Komputer riba ini juga dilengkapi sokongan USB Type-C Thunderbolt, Intel WiFi 6 (Gig+) dan aturan papan kekunci RGB 4 zon.

Setakat ini, harganya hanya diumum untuk pasaran AS, Eropah dan China. Kami masih tidka mendapat maklumat berkenaan kehadirannya di pasrana Malaysia. Sebagai makluman dan rujukan, harganya adalah seperti di bawah.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version