Site icon TechNave BM

Siri Acer Swift terbaru akan dilengkapi pemproses AMD Ryzen AI 300 pada suku ke-3 2024

Acer mengumumkan bahawa siri Swift akan dilengkapi dengan pemproses komputer riba AMD Ryzen AI 300 bermula daripada suku ketiga 2024.

Cip ini menawarkan lebih banyak teras CPU dan GPU serta dilengkapi dengan enjin AI Ryzen yang cekap untuk menyediakan kecekapan dan prestasi luar biasa. Model-model terbaru ini juga akan hadir lengkap dengan pengalaman AI yang dipertingkatkan dan kemas kini Windows yang dijadualkan antara akhir 2024 hingga 2025.

Pengurus Besar Komputer Riba di Acer, James Lin menyatakan bahawa AI terus mengubah keperluan pelanggan terhadap PC untuk gaming, ciptaan kandungan dan penggunaan profesional serta harian. Bersama AMD, Acer menyediakan lebih banyak pengalaman AI kepada pelanggan dengan kuasa dan prestasi luar biasa.

Dalam bulan-bulan akan datang, Acer akan mengumumkan sistem-sistem baharu yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI siri 300, menunjukkan komitmen mereka dalam menawarkan teknologi terkini kepada pengguna. Pemproses AMD Ryzen AI generasi ketiga ini menampilkan NPU paling berkuasa di dunia dengan 50 TOPS, APU terpantas dan CPU paling berkuasa dengan seni bina Zen 5.

Pemproses tersebut juga menyokong grafik terbaik untuk gaming dengan prestasi tinggi dan kecekapan tenaga. Pemproses AMD Ryzen AI 300 dioptimumkan untuk penggunaan kuasa rendah dan jangka hayat bateri yang baik serta grafik terbina dalam AMD Radeon 800M yang menyokong paparan beresolusi tinggi dan pengekodan yang dipercepat.

Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version