Selain komputer riba, Acer Malaysia juga mengeluarkan barisan desktop PC baharu iaitu Veriton. Ia disertakan dengan ciri yang dipertingkatkan yang direka bentuk dengan mengutamakan kemampanan untuk membantu syarikat dan perniagaan dalam memenuhi komitmen mereka terhadap usaha alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Seperti komputer riba TravelMate yang diumumkan hari ini, Veriton dikuasakan oleh pemproses Intel Core Generasi ke-13, pilihan RAM 4GB atau 8GB dan dilengkapi dengan storan SSD 256GB atau 512GB.
Dua produk dalam barisan ini iaitu desktop Acer Veriton Vero Mini (VZ4714G-51348W11PS) dan desktop Acer Veriton Vero AIO (VN4710GT) menampilkan reka bentuk yang sama. Selain itu, peranti Veriton turut disertakan dengan Acer Office Manager dan Windows AutoPilot untuk memudahkan proses pengurusan fail sambil memastikan keselamatan yang terbaik.
Tambahan, Veriton AIO menampilkan penutup kamera web fizikal yang memberikan lapisan keselamatan tambahan untuk privasi pengguna. Ianya juga dimuatkan dengan BIOS komersial yang membantu mengurus dan menyelenggara peranti.
Harga komputer desktop Acer Veriton bermula daripada RM2,749 manakala AIO Veriton Vero (VZ4714G-51348W11PS) yang datang dengan paparan FHD 23.8 inci berharga RM4,699 dan Veriton Vero Mini berharga RM3,499.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

