Site icon TechNave BM

Siri AMD Radeon RX 6000 diumum: Memori GDDR6 16GB, resolusi 4K, harga bermula ~RM2,406

Terkini, AMD telah memperkenal siri AMD Radeon RX 600 baharu yang terdiri daripada Radeon RX 6800, Radeon RX 6800 XT dan Radeon 6900 XT. Kad grafik baharu ini ditawarkan dengan pelbagai spesifikasi menarik termasuk struktur pembinaannya; RDNA 2.

Kesemua kad grafik ini memiliki memori GDDR6 sehingga 16GB dan menyokong resolusi gaming sehingga 4K. Apa yang menariknya, siri kad grafik ini memiliki teknologi AMD Infinity Cache yang dikatakan memberi lebar jalur (bandwidth) 3.25 kali lebih efektif untuk pengalaman gaming 4K yang berprestasi.

Anda boleh rujuk maklumat di bawah untuk spesifikasinya dan kunjungi laman web rasmi AMD untuk maklumat lanjut.

Untuk pengetahuan anda, Radeon RX 6900 XT akan dipasarkan bermula 8 Disember 2020 dengan harga $999 (~RM4,152), manakala Radeon RX 6800 dan RX 6800 XT akan dipasarkan bermula 18 November 2020, masing-masing dengan harga $579 (~RM2,406) dan $649 (~RM2,697).

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat tentang keberadaan dan harga rasminya di pasaran Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version