Site icon TechNave BM

Siri anime DOTA: Dragon’s Blood bakal ditayangkan di Netflix bermula 25 Mac ini

Dalam dunia game, siapa sahaja yang tidak mengenali game popular dari Valve iaitu DOTA. Berita baik untuk peminat anime dan DOTA, Netflix bakal menayangkan siri anime DOTA: Dragon’s Blood bermula pada 25 Mac 2021.

Beberapa watak yang secara tulennya wujud di game DOTA dapat dilihat seperti kesateria naga Davion dan Puteri Mirana. Berdasarkan sumber, siri anime ini bakal hadir dengan 8 episod dan bakal ditayangkan secara global bermula 25 Mac.

Terdahulu, Netflix turut menghasilkan beberapa anime yang diadaptasi dari game iaitu The Witcher dan Assassin’s Creed. Adakah anda salah seorang peminat DOTA? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IGN

Exit mobile version