Site icon TechNave BM

Siri anime Sailor Moon akan ditayangkan secara percuma di YouTube bermula 24 April

Bagi mempromosikan filem Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie yang akan ditayangkan pada 11 September ini, siri anime terkenal Sailor Moon yang popular pada zaman 90-an akan ditayangkan secara percuma di saluran YouTube rasmi Sailor Moon.

Kesemua 127 episod anime tersebut boleh mula ditonton di YouTube bermula Jumaat 24 April. Namun, pihak penerbit hanya akan memuat naik 10 episod setiap minggu daripada 24 April hinggalah 23 Julai.

Masih tidak pasti jika siri anime ini akan disertakan dengan sarikata Bahasa Inggeris. Memandangkan siri anime ini agak popular di pentas antarabangsa, tidak mustahil jika ia menyertakan sarikata agar ia boleh ditonton oleh ramai orang, seperti yang berlaku dalam promosi filem Digimon Last Evolution Kizuna.

Adakah anda ingin menonton kembali siri anime ini, terutamanya sewaktu duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergereakan? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Crunchyroll

Exit mobile version