Site icon TechNave BM

Siri Apple iPhone 12 tahun ini didatangkan dengan model yang dilengkapi kamera kedalaman 3D

Mungkin terdapat banyak kebimbangan tentang acara untuk pelancaran produk akibat wabak Koronavirus yang semakin berleluasa. Pelancaran untuk siri Apple iPhone 12 akhir tahun ini nampaknya tidak terjejas. Siri iPhone yang baharu tahun ini dijangka datang dalam tiga model dan satu daripadanya akan dilengkapi dengan kamera kedalaman 3D.

Menurut Fast Company, sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa kamera ini adalah sensor laser yang digunakan untuk mengukur jarak dari telefon ke subjek. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan oleh sensor, telefon dapat memberikan kesan foto dan video yang berbeza. Pada masa ini, sensor ini dpercayai akan digunakan dalam dua varian akhir yang lebih tinggi daripada iPhone 12.

Siri iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max kedua-duanya dilengkapi dengan tiga kamera belakang. Jadi, jika Apple masih mengekalkan konsep yang sama, maka iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max untuk tahun ini mungkin datang dengan kamera belakang quad. Sudah tentu, ini hanyalah spekulasi buat masa ini yang belum tahu sejauh mana kesahihannya.

Apakah ciri baru lain yang anda mahu lihat daripada siri Apple iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook sekarang. Untuk kemas kini berita ini, teruskan bersama Rakan Teknologi Malaysia.

Sumber : Fast Company

Exit mobile version