Site icon TechNave BM

Siri Apple iPhone 14 kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

Rakyat Malaysia akhirnya boleh membuat tempahan bagi siri Apple iPhone 14 terbaharu bermula 16 September yang juga merupakan Hari Malaysia. Ini adalah keluaran iPhone 14 terpantas kerana rakyat Malaysia boleh mendapatkan iPhone baharu secara tempatan hanya dua minggu selepas acara pelancarannya.

Jika anda berminat untuk memiliki mana-mana model dalam siri iPhone 14, berikut adalah senarai harga yang perlu anda ketahui. iPhone 14 dan iPhone 14 Plus didatangkan dalam lima warna iaitu biru, ungu, hitam, Starlight dan merah. Berikut adalah harganya untuk pasaran di Malaysia:

6.1″ iPhone 14

6.7″ iPhone 14 Plus

Jika anda sedang mencari iPhone paling berkuasa yang menampilkan cip A16 Bionic serba baharu dan skrin baharu dengan Dynamic Island, iPhone 14 Pro dan Pro Max hadir dalam Deep Purple, Gold, Silver dan Space Black. Berikut adalah harga rasmi di Malaysia:

6.1″ iPhone 14 Pro

6.7″ iPhone 14 Pro Max

Selain kedai dalam talian rasmi Apple, siri iPhone 14 juga tersedia untuk pra-pesanan dalam talian di Lazada dan Shopee pada bermula 16 September. Sebagai alternatif, anda juga boleh membelinya daripada penjual semula Apple yang sah seperti Machines, ITWorld, Switch, TMT dan SenQ.

Bagi mereka yang lebih suka mendapatkan peranti itu dalam kontrak syarikat telekomunikasi, anda boleh membuat pra-pesanan iPhone 14 melalui Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile. Untuk pengetahuan, iPhone 14, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan tersedia di Malaysia pada 23 September 2022.

Sementara itu, iPhone 14 Plus akan dikeluarkan kemudian pada 7 Oktober 2022. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version