Site icon TechNave BM

Siri Apple iPhone 14 Pro bakal hadir dengan skrin “punch hole”

Sementara Apple sedang berhadapan dengan kekangan rantaian bekalan komponen untuk menghasilkan produk semasanya, saluran berita Korea TheElec melaporkan bahawa model Pro tahun depan akan membawakan kamera swafoto lubang tebuk (punch hole) 48MP.

iPhone 14 Pro 6.06 inci dan iPhone 14 Pro Max 6.7 inci dikatakan menggunakan panel LG Display LTPO 120Hz OLED dan akan menjadi satu-satunya model yang menggunakan wajah baharu itu.

Model bukan Pro iPhone 14 yang sepatutnya terdiri daripada model 6.06 inci dan versi 6.7 inci masih akan mempunyai takuk dan paparannya akan dibekalkan oleh BOE. Model peringkat permulaan dijangka tidak menawarkan skrin LTPO dan kadar penyegaran semula 120Hz.

Artikel itu meramalkan bahawa BOE akan mula membekalkan panel LTPO untuk siri iPhone 15 pada 2023. Apple juga dijangka membawa model iPhone SE yang telah dikaji semula dan terdapat penambahbaikan pada 2022 dengan reka bentuk yang sama seperti model semasa tetapi dengan sambungan 5G.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version