Site icon TechNave BM

Siri ASUS ROG Phone 6D dan ROG Phone 6 Batman Edition bakal tiba ke pasaran Malaysia

ASUS telah melancarkan ASUS ROG Phone 6D dan 6D Ultimate pada bulan September dan bakal melancarkan ROG Phone 6 Batman Edition pada 8 November ini.

Berita baik untuk rakyat Malaysia kerana siri ASUS ROG Phone 6D dan edisi Batman disahkan akan tiba ke pasaran Malaysia. Buat sementara ini, kami masih tidak ketahui tarikh ketibaanya.

siri ASUS ROG Phone 6D

Cipset MediaTek Dimensity 9000+ 5G terdapat pada kedua-dua model ROG Phone 6D. Peranti ini mempunyai RAM LPDDR5X sehingga 16 GB, storan 512 GB, paparan Samsung HDR10+ AMOLED 6.78 inci, kadar penyegaran 165Hz dan kadar pensampelan sentuhan 720Hz.

ROG Phone 6 Batman Edition ini hadir dengan spesifikasi yang sama seperti ROG Phone 6 menampilkan GPU Adreno 730, RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Namun, cipset yang digunakan untuk pasaran Malaysia mungkin cipset MediaTek Dimensity 9000+ dan bukan Snapdragon 8+ Gen 1.

Ia hadir dengan paparan Full HD+ AMOLED 6.78 inci yang menawarkan kadar penyegaran semula 165Hz, kadar pensampelan sentuhan 720Hz, perlindungan paparan Corning Gorilla Glass Victus dan tri-kamera utama Sony IMX766 50MP + ultralebar 13MP dan makro 5MP.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version