Site icon TechNave BM

Siri ASUS ROG Zephyrus G14 diumumkan di Malaysia: AMD Ryzen 9 4900HS + 120Hz bermula RM4,499

ASUS Malaysia hari ini telah mengumumkan komputer riba gaming siri ASUS ROG Zephyrus G14 di pasaran tempatan dengan harga bermula RM4,499. Anda boleh mendapatkannya bermula pada hari ini dengan beberapa varian pilihan.

Antara spesifikasi yang menonjol pada ASUS Zephyrus G14 dilengkapi Ryzen 9 4900HS dengan pengoperasian grafik Nvidia GeForce RTX 2060 beresolusi WQHD. Ia turut dilengkapi kadar segar semula 120Hz. Untuk pengetahuan anda, komputer riba ini turut dilengkapi LED Anime Matrix yang boleh diubah suai seperti grafik, animasi dan efek lain.

Anda juga boleh melihat pelbagai ciri lain seperti Single Sign One yang membenarkan anda mengakses Windows dengan satu tap sahaja pada butang power. Ia juga dilengkapi ErgoLift untuk mengoptimumkan pengudaraan.

RM4,499RM5,299RM6,199RM7,699
-AMD Ryzen 5 4600HS

-NVIDIA GeForce GTX 1650 4GB

-Skrin 14 inci 1080p 120Hz

-8GB DDR4-3200

-SSD NVMe 512GB

-Pilihan warna Eclipse Gray (hadir Ogos 2020)
-AMD Ryzen 5 4600HS

-NVIDIA GeForce GTX 1650 Ti 4GB

-Skrin 14 inci 1080p 120Hz

-8GB DDR4-3200

-SSD NVMe 512GB

-Pilihan warna Eclipse Gray (hadir Ogos 2020) dan Moonlight White (sedia dijual
-AMD Ryzen 7 4800HS

-NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti Max-Q 6GB

-Skrin 14 inci 1080p 120Hz

-16GB DDR4-3200

-SSD NVMe 512GB

-Pilihan warna Eclipse Gray (hadir Ogos 2020)
-AMD Ryzen 9 4900HS

-NVIDIA GeForce RTX 2060 Max-Q 6GB

-Skrin 14 inci 1080p 120Hz



-8GB DDR4-3200

-SSD NVMe 1GB



-Pilihan warna Eclipse Gray (hadir Ogos 2020), Moonlight White (hadir September 2020)

Untuk melihat reka bentuk pilihan komputer riba gaming ini dengan lebih lanjut, anda boleh mengunjungi pautan ASUS rasmi. Anda boleh mendapatkan komputer riba gaming ini di Lazada, Shopee atau ASUS Experience Stores dan pengedar sah ASUS. Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version