Site icon TechNave BM

Siri ASUS ZenFone 7 dilancarkan: 3 kamera boleh ‘flip’ 64MP, Snapdragon 865+ bermula ~RM3,123

Terkini, ASUS telah melancarkan siri ZenFone 7 di pasaran Taiwan. Siri ini terdiri daripada ASUS ZenFone 7 dan ASUS ZenFone 7 Pro yang menampilkan spesifikasi menarik termasuklah tetapan kamera boleh flip, kamera belakang yang berupaya menjadi kamera swafoto apabila ianya dilipat ke hadapan.

Selain tetapan kamera boleh flip seperti siri ASUS ZenFone 6 terdahulu, ia kini ditambah baik dengan tambahan satu lensa, menjumlah tetapan tiga kamera. Turut hadir adalah cipset flagship yang menjana siri ini, Snapdragon 865. Anda boleh menyemak spesifikasi assnya di bawah.

ASUS ZenFone 7

ASUS ZenFone 7 Pro

Untuk pengetahuan anda, teknologi penstabilan imej optikal OIS hanya disokong oleh tetapan kamera ASUS ZenFone 7 Pro sahaja.

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan kehadiran peranti baharu ini di pasaran Malaysia. Namun, anda boleh melihat harga yang dipasarkan di pasaran Taiwan, ditukarkan ke dalam nilai mata wang Ringgit Malaysia seperti di bawah.

Adakah anda akan mendapatkannya jika ianya hadir di pasaran Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version