Site icon TechNave BM

Siri ASUS Zenfone 8 dilancar di Malaysia : Kamera lipat, SD 888, skrin 120Hz, harga bermula RM2,699

Hari ini, ASUS Malaysia telah melancarkan telefon pintar siri Zenfone 8 yang terdiri dari dua model iaitu Zenfone 8 dan Zenfone 8 Flip. Zenfone 8 adalah sebuah telefon bersaiz kompak yang hadir dengan spesifikasi mantap seperti skrin 120Hz dan cipset Snapdragon 888. Manakala Zenfone 8 Flip pula mempunyai kamera belakang yang mampu lipat ke hadapan. Berikut adalah spesifikasi penuh kedua-dua peranti ini.

Zenfone 8

Zenfone 8 Flip

Berikut adalah harga rasmi peranti siri Zenfone 8 :

Kedua-dua peranti siri ini akan mula dijual bermula 28 Mei secara dalam talian dan di pengedar sah di seluruh Malaysia. Pilihan RAM 16GB untuk Zenfone 8 boleh didapati esklusif di laman web jualan Shopee sahaja.

Jika anda membeli salah satu dari siri Zenfone 8 ini, anda berpeluang untuk mendapatkan sarung tangan SolidSuit secara percuma. Promosi ini berlangsung dari 28 Mei sehingga 11 Jun sahaja.

Selain itu, anda juga boleh mendapat rebat sebanyak RM200 jika anda menukar telefon Zenfone anda yang lama. Promosi rebat ini berlangsung dari 28 Mei sehingga 25 Jun sahaja.

Adakah anda peminat telefon pintar siri Zenfone 8? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version