Site icon TechNave BM

Siri Black Shark 3 dengan Snapdragon 865, pengecas pantas 65W bakal hadir di Malaysia 30 April 2020

Terkini, Black Shark Malaysia telah memuat naik sebuah video melalui perkongsiannya di Facebook. Video berdurasi selama 11:29 tersebut bukan sahaja sebuah video untuk mengumumkan cabutan bertuah, tetapi juga mengumumkan bahawa siri Black Shark 3 bakal hadir di Malaysia pada 30 April ini! Terdahulu, ianya telah dilancarkan di China pada awal Mac lalu.

Sepintas lalu, siri Black Shark 3 bakal menggegarkan arena telefon pintar gaming di Malaysia dengan cipset Snapdragon 865, bateri 4720mAh bersama pengecasan pantas 65W, RAM sehingga 12GB dan ROM sehingga 256GB. Turut hadir adalah kamera utama 64MP, kadar segar semula 90Hz dan kadar sentuhan 270Hz! Untuk menyemak spesifikasi penuh, anda boleh klik pada pautan ini!

Kami masih tidak mendapat maklumat rasmi mengenai harga siri Black Shark 3 di pasaran Malaysia. Namun, harganya di China bermula daripada RMB3,499 (~RM2,108). Ikuti berita penuh pelancaran melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia pada 30 April ini, seperti yang diumumkan oleh Black Shark Malaysia. Kekal bersama TechNave BM untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Black Shark Malaysia

Exit mobile version