Site icon TechNave BM

Siri Black Shark 3 dilancarkan dengan Snapdragon 865, pengecas pantas 65W bermula dengan harga ~RM2,108

Terkini, siri Black Shark 3 telah dilancarkan di China dengan menampilkan Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro. Antara yang menarik adalah varian Pro dengan cipset terkini Qualcomm Snapdragon 865, pengecasan pantas sehingga 65W dan banyak lagi! Kami akan mengkhabarkan ciri teknologi dan spesifikasinya!

Pastinya perkara utama yang anda ingin tahu adalah berkenaan prestasi gamingnya. Black Shark 3 dikuasai cipset Snapdragon 865, menyokong dwi-5G NSA, dilengkapi LPDDR5 12GB, memori UFS 3.0 dan membekalkan anda pengalaman Snapdragon Elite Gaming. Tidak cukup dengan itu, peranti ini tidak akan mudah panas kerana ruang dan kapasiti pelesapan haba telah dinaik taraf!

Hadir dengan paparan AMOLED berukuran 6.67 inci (resolusi 2400 x 1080) dan kadar segar semula 90Hz, pengalaman gaming anda bakal lebih mantap dengan kadar sentuhan 270Hz (touch sampling rate). Untuk menjaga penglihatan anda, siri Black Shark 3 turut dilengkapi teknologi perlindungan mata untuk anda yang kerap bermain game seharian. Selain itu, beberapa butang ekstra juga terdapat di bahagian bucu telefon untuk kegunaan dalam gaming. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Black Shark 3:

Manakala untuk varian Black Shark 3 Pro pula, ia mempunyai spesifikasi yang serupa kecuali pada skrinnya yang berukuran 7.1 inci dengan resolusi 2K+ dan bateri 5,000mAh.

Harganya bermula daripada RMB3,499(~RM2,108) di China dan masih tiada maklumat tentang penjualannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti gaming hebat ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.


Exit mobile version