Site icon TechNave BM

Siri Black Shark 5 akan dilancar di Malaysia pada 8 Jun 2022

Selepas siri telefon pintar gaming Black Shark 5 dilancar di China pada bulan Mac lalu, ia akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pula pada hari Rabu, 8 Jun 2022 jam 7:00 malam. Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung di Facebook dan TikTok.

Siri telefon pintar gaming ini terdiri daripada dua varian utama iaitu Black Shark 5 dan Black Shark 5 Pro. Secara ringkas, Black Shark 5 Pro mempunyai spesifikasi skrin AMOLED 144Hz 6.67 inci, cipset Snapdragon 8 Gen 1, sistem penyejukan kamar wap, RAM 16GB, storan 512GB, bateri 4,650mAh dan pengecasan pantas 120W.

Black Shark 5 pula mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan Black Shark 5 Pro, namun Black Shark 5 mempunyai cipset Snapdragon 870. Kedua-dua varian mempunyai butang magnetik khas di bahagian bucu yang memudahkan pengguna untuk bermain game.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Black Shark 5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version