Site icon TechNave BM

Siri Black Shark 5 bakal dilancar 30 Mac ini, miliki cipset SD 8 Gen 1

Black Shark Xiaomi telah mengesahkan pelancaran siri Black Shark 5 pada 30 Mac di China. Sejak bulan lepas, butiran Black Shark 5 didedahkan melalui TENAA dan 3C. Mereka mendedahkan telefon pintar Black Shark 5 dan Black Shark 5 Pro yang mungkin dilancar kelak.

Varian Pro akan memuatkan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 manakala varian standard akan menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 870. Ia merupakan cipset Snapdragon 865+ yang telah diubah suai mulai 2020 dengan GPU dan seni bina 7nm yang sama seperti sebelumnya. Ini agak pelik kerana telefon gaming hadir dengan cipset yang sederhana.

Xiaomi mencipta Black Shark sebagai sub-jenama tetapi ia memutuskan untuk jenama tersebut menjadi sebuah jenama yang besar. Laporan terkini menyatakan bahawa Black Shark tidak akan diambil alih oleh syarikat lain selain Tencent yang merupakan satu syarikat terbesar dalam industri gaming moden. Ia telah bekerjasama dengan keluaran Black Shark dan telah bersedia untuk berkembang. 

Tencent nampaknya sedang dalam perbincangan lanjut untuk memperoleh Black Shark dan pengumuman mungkin akan datang tidak lama lagi. Black Shark 5 Pro akan membawa bateri yang lebih besar dan kadar penyegaran semula yang lebih tinggi berbanding Black Shark 4s Pro. Semua butiran akan diberitahu dalam acara pada hari Rabu depan. Spesifikasi lain pastinya termasuk skrin OLED, teknologi pengecasan pantas dan banyak lagi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version