Site icon TechNave BM

Siri Black Shark 5 dilancar: SD 8 Gen 1, storan SSD+ UFS dan pengecasan 120W bermula ~RM1,790

Baru-baru ini Black Shark telah memperkenalkan tiga model baharu dalam siri Black Shark 5 yang setiap satunya menampilkan cipset yang berbeza. Antara cipset yang digunakan dalam ketiga-tiga telefon ini ialah Snapdragon 8 Gen 1, Snapdragon 888+ dan Snapdragon 870.

Black Shark 5 Pro ialah model teratas yang dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1. Terdapat dua ruang wap berukuran 4,323 mm² + 997 mm² untuk penyejukan cipset. Cipset tersebut dipadankan dengan RAM 16GB dan storan 512 GB.

Storan dibahagikan kepada dua sistem memori iaitu SSD NVMe dan UFS 3.1 biasa ( 256+256 GB untuk model 512 GB). Dengan teknologi DM Cache, Black Shark telah berjaya meningkatkan prestasi membaca dan menulis data dengan ketara. Selain itu, RAM LPDDR5 (6,400 Mbps) digunakan untuk mencipta RAM tambahan bagi storan yang lebih pantas.

Ia mempunyai kapasiti bateri 4,650 mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W. Pengecasan 0-100% boleh dicapai dalam masa 15 minit sahaja tetapi terdapat mod kawalan suhu di mana ia akan mengambil masa kira-kira 24 minit.

Black Shark 5 Pro dilengkapi paparan AMOLED 6.67 inci dengan kadar segar semula 144 Hz dan kadar pensampelan sentuhan 720Hz. Panel 10-bit ini menyokong HDR10+ gamut warna DCI-P3. Terdapat dua sensor cahaya ambien (bahagian hadapan dan belakang) untuk kecerahan yang boleh dilaraskan agar sepadan dengan keadaan.

Selain itu, terdapat butang magnetik pada bahagian sisinya yang digunakan untuk mikro gred gaming. Telefon ini mempunyai dua pembesar suara simetri dengan rongga 1.5 cc. 5 Pro kini merupakan telefon teratas dalam carta audio DxOMark dengan 86 mata. Terdapat juga motor linear paksi X untuk maklum balas haptik yang lebih baik dan empat mikrofon.

Bahagian belakangnya terdapat kamera utama 108MP dengan sensor 1/1.52″, kamera ultra-lebar 13 MP (120°) dan kamera makro telefoto 5MP. Black Shark 5 Pro bermula pada tanda harga CNY 4,200 (~RM2,780).

Black Shark 5 RS menggunakan cipset Snapdragon 888 atau 888+, cip Plus tersedia pada versi 12/256 GB. Model RS mempunyai banyak persamaan dengan Pro termasuk memisahkan storan antara SSD dan UFS. Cipset juga disejukkan oleh ruang wap pada dua sisi.

Baterinya berkapasiti 4,500 mAh yang menyokong kadar pengecasan 120W boleh mencapai pengecasan 100% dalam masa 15 minit. Skrinnya dilengkapi paparan AMOLED 6.67 inci yang menyokong HDR10 dan DCI-P3 dengan kecerahan puncak 1,300 nits, kadar penyegaran semula 144 Hz dan kadar pensampelan sentuhan 720 Hz.

Butang magnet pada bahagian sisi juga tersedia sama seperti model Pro. Untuk audio, terdapat dwi pembesar suara 1.5 cc dengan Hi-Res Audio dan sokongan DTS:X Ultra. Terdapat bicu fon audio 3.5mm pada. Kamera utama di bahagian belakang menggunakan sensor 64MP, ultra-lebar 120° 13 MP dan tele-makro 5MP. Model RS bermula pada tanda harga CNY 3,300 (~RM2,185).

Black Shark 5 dikuasakan oleh cipset Snapdragon 870 yang dipasangkan juga dengan dua ruang wap untuk penyejukan. Telefon ini tidak memiliki SSD dan hanya menggunakan LPDDR5 RAM (8/12 GB) dan storan UFS 3.1 (128/256 GB).

Black Shark 5 menggunakan paparan yang sama seperti yang lain dengan skrin berukuran 6.67 inci AMOLED, kadar penyegaran 144 Hz dan kadar pensampelan sentuhan 144 Hz. Butang magnet pada bahagian sisi juga turut tersedia. Ciri kameranya sepadan dengan model RS dengan tiga kamera 64+13+5 MP pada bahagian belakang manakala kamera swafoto menggunakan sensor 16MP.

Baterinya berkapasiti 4,650 mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W dan hadir dengan dua mod. Mod pertama mengecas dalam masa 15 minit dan mod kedua mengambil masa 24 minit. Black Shark 5 bermula pada tanda harga CNY 2,700 (~RM1,790).

Kami masih belum menerima maklumat rasmi tentang ketersediannya untuk pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version